‘Logo burung lebih kurang sama, harap pengundi tidak keliru’

Iklan
Mohd Razlan Rafii

SHAH ALAM – Penggunaan logo burung oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember ini diharapkan tidak mengelirukan pengundi mereka memandangkan ada parti lain turut menggunakan logo burung.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, penggunaan logo burung oleh GPS juga dilihat sama ada ia boleh dijadikan kebiasaan kepada penyokong Barisan Nasional (BN) di negeri berkenaan disebabkan parti-parti itu sebelum ini pernah bernaung di bawah logo dacing.

"Ini satu benda yang kita tengok mudah tetapi apabila kertas undi itu semuanya hitam putih, lebih kurang sama sebenarnya burung-burung itu.

"Tetapi saya harapkan ia tidaklah menjadikan satu beban atau kesilapan mengundi nanti,” katanya ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian edisi ke-311 bertajuk ‘PRN Sarawak: Tunaikan Janji Manismu’ yang disiarkan menerusi semua platform dalam talian pada Selasa.

Iklan
Iklan

Wacana itu turut menampilkan Penganalisis Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis sebagai panel manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Dalam PRN Sarawak kali ini, GPS buat pertama kalinya akan bertanding menggunakan logo burung kenyalang.

Iklan

Selain daripada GPS, turut bertanding menggunakan logo burung kenyalang adalah Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Mengulas lanjut, Mohd Razlan turut percaya GPS adalah parti yang mempunyai pengalaman mencukupi dalam melakukan gerak kerja mereka.

Iklan

"Saya harap mereka akan dapat memenangi lebih banyak kerusi daripada 72 kerusi yang kita menang tempoh hari (pilihan raya sebelum ini).

"Ini juga adalah indikator untuk kita melihat bagaimana Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” jelasnya.