PUTRAJAYA - MCA disaran bermuhasabah diri dan menilai prestasi dan keupayaan mereka sebelum berhasrat membubarkan BN.
Penganalisis Politik dan Perundangan, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, usul MCA untuk membubarkan BN adalah sesuatu di luar keupayaan mereka.
Beliau berkata sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 dan PRU13 prestasi MCA langsung tidak memberangsangkan.
"MCA seakan-akan mendapat tolakan rakyat, namun memandangkan sejarah kerjasama mereka dengan BN, BN mereka telah diberi ruang untuk duduk di dalam kerajaan sebagai menteri malah ada yang dilantik sebagai senator walaupun tidak memenangi pilihan raya," ujarnya.
Abdul Halim berkata, lebih teruk lagi apabila BN sudah kalah dalam PRU-14 dan tidak memerintah negara, prestasi MCA amat semakin mendukacitakan.
"MCA hanya menangi satu sahaja kerusi dan mereka tidak ada locus standi (hak) untuk membuat tuntutan," katanya.
Abdul Halim berkata, walaupun BN kalah, Umno sebagai parti terbesar dan paling banyak menangi kerusi dalam BN.
"Bagaimana parti yang paling sedikit menangi pilihan raya nak bubarkan parti yang paling banyak menangi kerusi dlm BN? Ini tidak logik.
Semua tahu, orang yang sedikit tidak boleh arah orang yang ramai,"katanya.
Pada masa yang sama, beliau berkata, cadangan MCA sama sekali tidak berasas kerana BN tidak akan dibubarkan kerana dominasi Umno yang disokong parti komponen lain.
"Sebarang keputusan dalam BN perlu dilakukan secara konsensus (sebulat suara) yang mana tidak boleh ada satu pun tak setuju.
MCA boleh lahirkan rasa tidak puas hati tetapi usul itu tidak akan diterima terima sebab Umno pastinya tak setuju, bahkan MIC juga tidak setuju," katanya.
Tegasnya BN tidak akan dibubarkan kerana mempunyai komponen parti dan Umno merupakan parti yang dominan disokong parti komponen lain.
"Bagaimanapun MCA boleh menarik diri daripada BN. Namun mereka perlu muhasabah diri. Kalau MCA bertanding guna lambang sendiri, orang Melayu tidak akan mengundi mereka," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya MCA lulus usul bubar BN]