27 pekerja asing ditahan imigresen

Iklan
Seramai 27 pekerja asing ditahan dalam operasi terbabit.

SUNGAI PETANI- Seramai 27 pekerja asing ditahan termasuk warga Myanmar, Nepal dan wanita Indonesia serta Kemboja dalam Ops Mahir, Ops Selera dan Ops Belanja Jabatan Imigresen Kedah.

Pengarah Imigresen Negeri, Zuhair Jamaludin, berkata, kesemua mereka berumur lingkungan 21 sehingga 46 tahun ditahan di pelbagai premis perniagaan sekitar Sungai Petani.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan maklumat dan hasil risikan, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan ke atas 108 individu dari pelbagai warganegara.

"Siasatan awal mendapati mereka telah melakukan pelbagai kesalahan bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu tinggal lebih masa," katanya.

Seramai 27 pekerja asing ditahan dalam operasi terbabit.
Iklan

Iklan