Ismail Sabri terima kunjungan hormat Setiausaha Negara AS

Iklan
Ismail Sabri menerima kunjungan hormat Blinken di pejabatnya di bangunan Parlimen pada Rabu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony J Blinken di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.

Ismail Sabri dan Blinken mengadakan pertemuan kira-kira setengah jam bermula 2.30 petang.

Iklan
Iklan

Turut hadir ialah Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Blinken tiba di Malaysia pada malam Selasa untuk memulakan lawatan kerja dua hari ke negara ini dan Kuala Lumpur adalah persinggahan kedua Blinken sempena lawatannya ke tiga negara Asia Tenggara.

Iklan

AS mula menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia pada tahun 1957.

Washington dan Kuala Lumpur kemudian meningkatkan hubungan dua hala kepada Perkongsian Komprehensif pada April 2014.

Iklan

Antara Setiausaha Negara AS yang pernah melawat Malaysia ialah Mike Pompeo pada Ogos 2018, Rex Tillerson (2017), Hillary Rodham Clinton (2010) dan Condoleezza Rice (2006). - Bernama