Isteri rayu bawa pulang suami terkandas di Lombok

Iklan
Yusnizawati menunjukkan gambar dan laporan polis yang dibuat bagi memohon bantuan untuk membawa pulang suaminya yang terkandas di Lombok, Indonesia sejak Mac lalu.

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Seorang isteri merayu mana-mana pihak termasuk kerajaan membantu membawa pulang suaminya, Zaidee Jusoh, 48, yang terkandas di Mataram, Lombok, Indonesia ketika ini.

Yusnizawati Ghazali, 48, berkata, suaminya yang merupakan seorang guru telah berlepas ke Lombok atas urusan perniagaan mutiara pada awal Mac lalu.

Iklan
Iklan

"Pada Ogos lalu suami memberitahu tidak dapat pulang ke Malaysia apabila mengalami kerugian sebanyak RM300,000 selepas terjebak dalam satu sindiket penipuan mata wang dolar yang dilakukan oleh rakannya, seorang warga Indonesia dikenali sebagai Sopian.

"Bagaimanapun Sopian telah ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia dan dibebaskan sebulan kemudian," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Melor di sini pada Rabu.

Iklan

Yusnizawati berkata, suaminya turut memberitahu kereta jenis Honda Brio Satya yang disewa untuk kegunaannya sepanjang di Lombok telah dibakar dengan niat khianat.

Zaidee menunjukkan kereta yang disewanya yang dibakar.

"Ekoran kejadian itu, suami dikehendaki membayar ganti rugi berjumlah RM60,000. Tidak cukup dengan itu, pasport antarabangsa milik suami saya telah ditahan oleh pihak peguam di Indonesia sebagai jaminan supaya dia tidak melarikan diri dan pulang ke Malaysia.

Iklan

"Memikirkan jumlah itu (RM60,000) saya menjadi buntu. Tambahan pula, saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Saya merayu kepada mana-mana pihak untuk membantu membawa pulang suami dengan selamat," katanya.

Ibu kepada lima anak berusia 24 tahun hingga 12 tahun tahun itu percaya suaminya telah dianiayai oleh pihak berkenaan sehingga terkandas di Lombok.

"Saya juga telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada 12 Disember lalu bagi memohon bantuan untuk membawa pulang suami.

"Ketika ini saya hanya berhubung dengan suami menerusi panggilan video dan mesej menerusi aplikasi WhatsApp," katanya.