Usahawan digalak lahirkan usahawan baharu

Iklan
Noh (tiga dari kanan) menyampaikan Bakul Kasih Prihatin-MAIWP kepada salah seorang penerima.

KUALA LUMPUR - Mereka yang berjaya dalam perniagaan digalak bersama-sama membantu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melahirkan usahawan baharu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau berharap lebih banyak anak muda dilatih menjadi usahawan atau rakan kongsi dalam perniagaan dan bukan sekadar makan gaji.

Iklan
Iklan

Noh berkata, MEDAC bersedia menyalurkan suntikan modal melalui Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) untuk mencapai sasaran itu.

"Kalau nak kaya jangan kaya seorang, jika buka francais jangan hanya beri kepada anak sahaja, ciptalah usahawan-usahawan baharu.

Iklan

"Sebagai contoh jika D'Tandoor mahu buka cawangan baharu, buat kursus di Pernas, agensi ini akan beri modal bagi tujuan tersebut," katanya pada pembukaan cawangan ke-16 Restoran Roti by D'Tandoor di Jalan Damai di sini pada Selasa.

Beliau berkata, konsep tersebut menguntungkan peniaga yang dapat membuka cawangan, pada masa sama dapat melahirkan usahawan baharu.

Iklan

Tambahnya, agensi di bawah MEDAC akan memberikan penajaan untuk mengukuhkan usahawan dan cawangan baharu tersebut.

Pada program itu, sebanyak 200 Bakul Kasih Prihatin-MAIWP diedarkan kepada Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik (YKKK) serta Persatuan Sindrom Down Malaysia bersempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya Sedunia.

Prihatin atau Yayasan Prihatin Nasional turut memberi sumbangan kelengkapan peralatan persekolahan kepada anak-anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Teratak Che Dah.

Turut hadir pada program itu ialah Pengasas D'Tandoor Group of Companies, Datuk Abdul Malik Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif Prihatin, Datuk Mohd Aizuddin Ghazali dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Prihatin, Prof Emeritus Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar.