Fama Pahang fokus aktif guna media salur maklumat

Iklan
Saiful (kanan) bersama sebahagian pengamal media yang hadir pada Majlis Apresiasi Media Fama Pahang di sebuah hotel, pada malam Selasa.

KUANTAN - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Pahang mengambil pendekatan untuk aktif bersama media dalam usaha menyalurkan maklumat perkhidmatan kepada rakyat.

Pengarahnya, Saiful Sadri berkata, pendekatan bersama media itu melibatkan semua peringkat pentadbiran Fama termasuk daerah dan negeri.

Iklan
Iklan

"Melalui program Media Aktif ini, Fama Pahang menetapkan satu Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) bagi mencapai objektif. Selain menyalurkan maklumat perkhidmatan, persepakatan yang diambil secara bersama dapat merungkai salah faham dalam menyampaikan sesebuah berita berkaitan isu melibatkan agensi ini.

"Fama Pahang akan membuka pintu untuk pihak media mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan agensi ini atau untuk maklum balas sekiranya timbul sesuatu isu yang perlu dijelaskan," katanya ketika berucap di Majlis Apresiasi Media Fama Negeri Pahang di sebuah hotel di sini, pada malam Selasa.

Iklan

Hadir sama, Presiden Kelab Media Pahang, Datuk Nik Naizi Husin; Timbalan Pengarah (Operasi), Fama Pahang, Shabudin Mohd Nor serta Timbalan Pengarah (Pembangunan dan Pengurusan), Yazid Yusob.

Saiful berkata, kerjasama dengan pihak media akan terus ditingkatkan untuk kepentingan kedua-dua pihak dan rakyat khususnya.

Iklan

Katanya, agenda pembangunan pemasaran digital antara fokus hala tuju Fama Pahang tahun hadapan bagi melatih usahawan beralih daripada kaedah pemasaran konvensional kepada pemasaran secara dalam talian untuk menembusi pasaran lebih luas termasuk ke luar negara.

"Perkara ini memerlukan publisiti melalui media terutama iklan dan video pemasaran," katanya.