Kerjasama UMNO-Pas hanya di Semenanjung

Iklan
Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditemui media ketika menghadiri Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, hari ini. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Jalinan kerjasama rasmi antara UMNO dan Pas hanya melibatkan Semenanjung Malaysia dan tidak termasuk Sabah dan Sarawak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seperti yang telah dipersetujui sewaktu perjumpaan pertama antara UMNO dan Pas pada 5 Mac lalu kerjasama ini hanya melibatkan negeri-negeri di Semenanjung sahaja.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tiada sebarang perancangan dibuat untuk melebarkan sayap kerjasama di Sabah dan Sarawak.

"Kita hanya bekerjasama di Semenanjung, tidak di Sabah dan Sarawak.

Iklan

"Kita (UMNO-Pas) tiada perancangan pun, lagi masih terlalu awal. Kita selesaikan Semenanjung terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak ada siapa yang harus bimbang terhadap kerjasama antara UMNO dan Pas.

Iklan

Jelas Najib, kerjasama antara UMNO dan Pas melibatkan kepentingan ummah di samping turut melindungi kaum-kaum lain.

"Kita kerjasama untuk kepentingan ummah dan di samping itu kita juga memberi perlindungan kepada kaum lain.

"Jadi tidak ada siapa yang harus bimbang dengan kerjasama antara UMNO dan Pas,” katanya.