KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh, bagi membantu pengurusan kes agensi penguat kuasa terbabit.
Individu yang dikesan itu dikenali sebagai Abdul Ahad Khan berumur 49 tahun.
Iklan
Iklan
"Lelaki terbabit merupakan pemegang pasport bernombor EE0016735 BGD dan mempunyai alamat terakhir di No 150-3-6, Villa Flora Condominium, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur,” menurut kenyataan dikeluarkan SPRM pada Rabu.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Penguasa Nur Athikah Aziz di talian 017-3432 923 atau 09-6301 920. - Bernama