Cadangan pindaan RUU Akta 342 wajar diteliti semula: Tok Mat

Iklan
Mohamad Hasan

SHAH ALAM - Cadangan terhadap pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) wajar diteliti semula.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia berikutan terdapat hukuman dalam pindaan berkenaan dilihat tidak munasabah termasuk denda maksimum RM10,000 atau penjara untuk tempoh maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya bagi individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) seperti gagal memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Iklan
Iklan

Tambah beliau, RUU itu juga tidak menyatakan garis panduan untuk mengeluarkan kompaun berkenaan.

"Alasan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa ia sedang diperhalusi dan akan dimuktamadkan selepas undang-undang itu diluluskan adalah tidak menepati objektif pindaan ini.

Iklan

"Tiada undang-undang wajar diluluskan tanpa segala maklumat dan perincian dijelaskan dengan telus untuk pertimbangan ahli legislatif.

"Tindakan seperti ini menunjukkan ketidaksediaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam merangka pindaan tersebut,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya,pada Rabu.

Iklan

Pada Selasa, Dr Noor Hisham dalam sidang akhbar khas mengenai RUU Pindaan Akta 342, menjelaskan ia membabitkan cadangan lima peruntukan baharu dan lima pindaan bagi memastikan kesinambungan penguatkuasaan peruntukan mengikut Ordinan Darurat sebelum ini.

Mengulas lanjut Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Tok Mat’ berkata, apa juga tindakan menyegerakan RUU tersebut tidak boleh mengabaikan ketelusan dan keadilan.

"Negara mesti belajar dari episod pandemik ini. Salah satu sebab kenapa kita terus dalam keadaan sekarang ialah kerana kegagalan dalam melaksanakan keadilan dalam penguatkuasaan.

"Banyak sudah kes layanan dan tindakan ‘dua darjat’ antara orang biasa dengan mereka yang kenamaan dan berkuasa. Orang kampung, peniaga dan mereka yang biasa-biasa, dikenakan kompaun dengan secara tidak munasabah. Tetapi orang yang ternama, dikenakan denda yang sangat ringan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Malaysia tidak boleh menjadi negara bersifat ‘punitive’ (mengenakan hukuman), sebaliknya menjadi negara yang undang-undangnya dilaksanakan dengan kemanusiaan. Ingat lah keadilan itu di tangan kanan, ihsan itu di tangan kiri,” ujar Mohamad.