WASHINGTON - Sebuah kapal angkasa Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) secara rasmi 'menyentuh' matahari setelah ia memasuki bahagian atas atmosferanya yang belum diterokai dan dikenali sebagai korona baru-baru ini.
Ia yang dikenali sebagai Parker Solar Probe menghadapi suhu 1,298 Celsius dan radiasi sebanyak 500 kali lebih kuat daripada bumi ketika ia berada di bahagian atas matahari tersebut
Iklan
Iklan
Kapal angkasa itu 'menyentuh' matahari adalah momen bersejarah untuk sains matahari dan ia menunjukkan prestasi yang benar-benar luar biasa, kata Thomas Zurbuchen iaitu pentadbir bersekutu untuk Jabatan Misi Sains di Ibu Pejabat NASA di Washington di laman agensi angkasa lepas AS tersebut.
Penyelidikan baharu NASA itu bernilai AS$1.5 bilion (AS$6.34 bilion).
"Menarik sekali," kata saintis projek itu, Nour Raouafi dari Universiti Johns Hopkins ketika memberikan komen tentang kejayaan kapal angkasa tersebut.
Dilancarkan pada tahun 2018, kapal angkasa itu yang dinamakan sempena seorang ahli astrofizik, Eugene Parker dicipta untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan dasar mengenai angin matahari yang dilepaskan dari korona yang melemparkan zarah-zarah bertenaga ke seluruh sistem suria.
Kapal angkasa itu akan terus mendekati matahari dan 'menyelam' lebih jauh ke korona sehingga pada tahun 2025. - Agensi