Pembangunan semua kaum

Iklan

Manfaat untuk aktiviti komuniti dan sosioekonomi

Iklan
Iklan

Bajet 2022 ternyata bersifat menyeluruh. Selain daripada program-program nasional untuk manfaat semua golongan rakyat, pembangunan untuk semua kaum turut diberi perhatian.

Sebanyak RM200 juta disediakan khusus untuk kaum Cina. Peruntukan ini antaranya untuk melaksanakan program baik pulih rumah dan kemajuan kampung baru, akses pembiayaan bagi penduduk kampung baru dan pembiayaan untuk usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Iklan

Bagi kaum India pula, sebanyak RM145 juta disediakan antaranya untuk melaksanakan program memperkasa sosioekonomi komuniti India di bawah Unit Transformasi Masyarakat India dan dana pembiayaan di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India oleh Tekun.

Dalam menggalakkan anak-anak Sabah dan Sarawak mendalami ilmu berkaitan budaya dan warisan, sebanyak RM10 juta disediakan untuk tujuan ini.

Iklan

Komuniti orang asli tidak dipinggirkan apabila menerima peruntukan sebanyak RM274 juta bagi melaksanakan Program Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli seperti pemberian subsidi dan bantuan persekolahan serta bantuan kebajikan untuk manfaat hampir 200,000 orang asli.

Pada tahun 2022, kerajaan akan menaikkan kadar wang saku murid sekolah menengah kepada RM4 sehari.

Bagi mendokong agenda perpaduan dan budaya sukarela di peringkat komuniti, kerajaan menyediakan geran RM6,000 untuk setiap Kawasan Rukun Tetangga (atau KRT). Lebih 8,000 KRT akan menerima manfaat daripada geran ini dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.

Kerajaan juga memperuntukkan RM50 juta bagi kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah ibadat di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Peruntukan ini turut merangkumi pelaksanaan aktiviti-aktiviti komuniti dengan kerjasama pengurusan rumah ibadat dan penduduk setempat.

Inisiatif Pembangunan Komuniti Tumpuan

Kerajaan ini akan terus giat melaksanakan program-program pembangunan sosioekonomi dan memelihara kebajikan komuniti tumpuan, terutamanya melibatkan warga emas, kanak-kanak, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan lain-lain.

• Program Bantuan Warga Emas (RM635 juta)

- Bantuan sosioekonomi warga emas & wang saku institusi warga emas (RM607 juta)
- Geran operasi NGO bagi operasi Institusi Penjagaan Warga Emas (RM19 juta)
- Memperkukuh Pusat Aktiviti Warga Emas & Unit Penyayang Warga Emas (RM9 juta)

• Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Bantuan Makanan Tambahan & Bantuan Geran Per Kapita serta kerja-kerja membina 69 buah Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Tabika dan taska Kemas baharu (RM190 juta)

• Keselamatan Kanak-Kanak

- Subsidi 50% atau sehingga RM150 bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak oleh keluarga B40 (RM30 juta)

• Kesihatan Kanak-Kanak (RM24 j)

- Meluaskan Program Community Feeding kepada kanak-kanak keluarga miskin bandar di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
- Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zakat Makanan.
- Penubuhan Bank Susu Ibu untuk bayi pramatang di Neonatal Care Unit di Hospital Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

• Kebajikan OKU

- Menjadikan bangunan-bangunan Kerajaan mesra OKU (RM30 juta)

• Latihan OKU

- Program latihan di Pusat Latihan Berdikari dan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Kerajaan (RM10 juta)
- Menubuhkan lebih banyak Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di universiti awam (RM10 juta)

• Akses Media OKU

- Penyediaan jurubahasa isyarat dalam penyampaian berita di stesen TV (RM1 juta)

• Lesen cukai jalan kenderaan persendirian OKU dibiayai penuh oleh Kerajaan

• Pekerjaan OKU

- Kuota khas sebanyak 1% di bawah program MyStep untuk golongan OKU