Barangan asas murah, Jualan Keluarga KPDNHEP esok

Iklan
Adnan (tiga, kanan) ketika melawat ke Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu sebelum ini.

KOTA BHARU - Rakyat Kelantan berpeluang mendapatkan barangan keperluan harian dengan tawaran harga lebih rendah pada Program Jualan Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan di negeri ini bermula pada Jumaat.

Pengarah KPDNHEP Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, program akan berlangsung serentak di 14 lokasi di pekarangan pasar raya dipilih di 10 daerah di negeri ini.

Iklan
Iklan

Katanya, Jualan Keluarga Malaysia di Kota Bharu akan diadakan pada Jumaat dan Sabtu ini di pekarangan Pasar Raya Pantai Timur Taman Bendahara, Pengkalan Chepa (9 pagi - 2 petang); Pantai Timur Jalan Pintu Pong (10 pagi - 10 malam) dan Pasar Raya Salamku Xtra Kok Lanas ((9 pagi - 1 tengah hari) manakala Pasar Raya Econsave Kubang Kerian (9 pagi - 1 tengah hari) pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.

"Pada Jumaat dan Sabtu ini juga jualan murah berlangsung di Pasar Raya Pantai Timur Gunung, Bachok (10 pagi - 10 malam); Pasar Raya Econsave Jalan Tok Bali, Pasir Puteh (Jumaat, 10 pagi - 5 petang dan Sabtu, 10 pagi - 3 petang) serta Pasar Raya Pantai Timur Bandar Baharu Tumpat (10 pagi - 10 malam).

Iklan

”Pekarangan Pasar Raya Pantai Timur Bandar Tanah Merah (9 pagi - 10 malam), Pasar Raya Econ Jaya Machang (9 pagi - 2 petang) dan di Pasar Raya Pantai Tumur Kuala Krai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini pada Khamis.

Beliau berkata, Jualan Keluarga Malaysia di Jeli dan Gua Musang pula akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini.

Iklan

"Jeli di Tapak Pasar Tani Ayer Lanas bermula 8.30 pagi hingga 1.30 petang manakala di Gua Musang pula di Pasar Raya Econ Jaya bermula 10 pagi hingga 10 malam.

"Program ini adalah inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup. Jadi, semua diingatkan agar tidak melepaskan peluang untuk memanfaatkan harga barangan keperluan harian yang murah dan kunjungi lokasi berhampiran masing-masing,” katanya.