Peniaga Kayu Api

Iklan


Peniaga kayu api Mohamad Ammar Sobri ketika dalam wawancara bersama Bernama di premis perniagaannya di Kajang, Selangor baru-baru ini.

Anak muda berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang ini menjalankan perniagaan jualan daging kambing salai dan menggunakan kayu api sejak awal 2021, untuk menggantikan arang.

Pada awalnya, beliau menjual kayu api sekadar untuk menampung pendapatan perniagaan daging salainya yang sedikit terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menurut Mohamad Ammar, 33, beliau kemudian membuat keputusan untuk menjadikan jualan kayu api sebagai satu lagi sumber pendapatannya selepas yakin ia mempunyai potensi dan mensasarkan golongan yang gemar aktiviti perkhemahan serta sukar mendapatkan bahan bakar itu.

Kesemua kayu yang dijual Mohamad Ammar kepada pelanggan adalah batang kayu dari pokok yang boleh ditanam semula seperti pokok rambutan, durian, getah, akasia, petai, cempedak, pokok bakau serta leban. - Foto Bernama