Mujahid, Zakir Naik adakan pertemuan

Iklan
Gambar pertemuan yang dikongsikan Mujahid di laman sosial Facebooknya.

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof hari ini mengadakan pertemuan bersama pendakwah bebas, Dr Zakir Naik.

Pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira satu jam di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Iklan
Iklan

Menurut Mujahid, antara perkara yang disentuh adalah mengenai tiga gagasan yang dibawa olehnya iaitu, Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah, Model Malaysia dan isu penyebaran berita palsu yang semakin serius di negara ini.

"Semoga pertemuan Rahmah pada hari ini tidak berakhir di sini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iklan

Sementara itu, Mujahid sempat memuat naik gambar kenangan bersama Zakir di Facebooknya dengan berkata, pengalaman dakwah individu itu ke seluruh pelusuk dunia menjadi inspirasi bagi meneruskan tugas tersebut.

"Semoga ALLAH SWT memperteguh usaha dakwah beliau untuk membimbing manusia mengenali Islam," katanya.

Iklan