Nafas rugi RM260 juta akibat kenaikan harga baja, racun

Iklan
Zamri (dua dari kanan) menyerahkan simbolik replika cek tambahan pelaburan skim pelaburan khas peladang di bawah Dana Peladang Kebangsaan (DPK) pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-40 PPK Sungai Besar di Dataran PPK Parit 1, Sungai Besar pada Khamis.

SUNGAI BESAR - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mengalami kerugian RM260 juta berikutan kenaikan harga baja dan racun.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob berkata, kenaikan harga baja menyebabkan Nafas terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM200 juta.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebanyak RM60 juta lagi kerugian dialami Nafas menerusi kenaikan harga racun yang sehingga kini kedua-dua kos input pertanian itu masih belum menunjukkan tanda-tanda penurunan harga.

"Kita masih berunding dengan kerajaan tentang kerugian dialami kerana sehingga kini kita masih tidak tahu berapa lama lagi kenaikan harga baja dan racun," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-40 Pertumbuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Besar di Dataran PPK Parit 1 di sini pada Khamis.

Zamri difahamkan kenaikan harga baja dan racun dijangka berterusan sehingga suku pertama tahun depan.

Iklan

"Jika harga baja dan racun turun sekali pun, kita jangkakan ia tidaklah terlalu murah berbanding sebelum kenaikannya," ujarnya.

Bagaimanapun jelas beliau, kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan kepada Nafas termasuk menampung kerugian dialami.

"Nafas akan terus membekalkan baja subsidi kepada petani mengikut harga lama seperti dipersetujui kerajaan meskipun terpaksa menanggung kerugian," katanya.