Padah tak kunci pintu rumah

Iklan
Abdul Rahim

KUALA TERENGGANU - Kecuaian sepasang suami isteri yang membiarkan rumah tidak berkunci mengundang padah apabila kediaman mereka di Kampung Losong Haji Mat Shafie, di sini, dimasuki pencuri, pada Ahad lalu.

Pasangan berkenaan turut terpaksa menanggung kerugian hampir RM25,000 apabila sejumlah wang tunai dan barang kemas dilarikan penjenayah terbabit.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, sebelum itu, kira-kira jam 8.15 malam, pasangan terbabit keluar makan dengan meninggalkan rumah tanpa mengunci pintu, hanya menutupnya dengan rapat.

"Setelah itu, kira-kira jam 11.30 malam, setibanya di rumah, mereka ternampak pintu bilik utama terbuka dan keadaan di dalam bilik pula berselerak.

Iklan

"Hasil pemeriksaan selanjutnya mendapati barang kemas termasuk seutas rantas emas, gelang emas yang disimpan di dalam beg galas bersama wang tunai RM13,000 hilang.

"Yakin rumah sudah dipecah masuk, pasangan tersebut mengambil keputusan membuat laporan polis," katanya ketika ditemui.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi hari ini mengesahkan ada terima laporan kejadian di Balai Polis Chabang Tiga.

Jelasnya, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk rumah.