Pengurangan saman boleh dibayar di IPK, IPD sepanjang waktu pejabat

Iklan
Kaunter pembayaran saman trafik di IPK dan IPD beroperasi bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang kecuali hujung minggu dan cuti umum. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Kaunter pembayaran saman trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) akan beroperasi bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang kecuali hujung minggu dan cuti umum.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, waktu operasi berkenaan ditetapkan susulan pengumuman lanjutan diskaun saman 80 peratus sehingga 31 Disember dan cuti hujung minggu yang berbeza antara negeri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia juga untuk mematuhi tatacara pengurusan terimaan bagi penutupan akaun akhir tahun 2021 oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

"Bagi negeri yang cuti hujung minggu jatuh pada Jumaat, tawaran kompaun akan berakhir pada 29 Disember (Rabu) manakala negeri-negeri yang cuti hujung minggu jatuh pada Ahad tawaran pengurangan kompaun berakhir pada 30 Disember (Khamis).

Iklan

"Pembayaran kompaun di portal dan aplikasi MyBayarSaman, pembayaran kompaun di kaunter bayaran Pos Malaysia Berhad dan mesin ATM Maybank Berhad adalah sehingga 31 Disember," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya mengambil peluang lanjutan tawaran pengurangan kompaun tersebut untuk membayar saman masing-masing.

Iklan

"Pengurangan kompaun tertinggi ini julung kalinya pernah ditawarkan bagi menyelesaikan saman tertunggak masing-masing dan orang ramai digesa tidak menunggu di saat-saat akhir tawaran ini," ujarnya.