Akta 342: Pihak pembangkang seharusnya dirujuk lebih awal

Iklan
Fahmi Fadzil

SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa pihak pembangkang seharusnya dirujuk lebih awal berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, pihaknya masih belum memutuskan untuk menyokong rancangan kerajaan itu dan ia bergantung kepada pindaan terkini.

Iklan
Iklan

"Pertemuan tergempar untuk bincang cadangan Menteri Kesihatan buat pindaan tambahan kepada RUU pindaan Akta 342.

"Kami belum putuskan sokong atau tidak, bergantung kepada pindaan terkini.

Iklan

"Ini bukan cara untuk menggubal undang-undang penting, kita sepatutnya dirujuk lebih awal,” katanya dalam ciapan di Twitternya pada Khamis.

Pada Selasa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencadangkan lima peruntukan baharu terhadap RUU berkenaan.

Iklan

Ia merangkumi 10 seksyen di bawah Akta 342 yang akan ditambah baik bagi memastikan kesinambungan pengawalan dan pencegahan pandemik Covid-19 di negara ini.