SWCorp Kedah tambah kekerapan kutip sampah

Iklan
Zaidi menunjukkan kawasan penempatan Bukit Malau yang dipenuhi sampah seperti dilaporkan oleh media.

ALOR SETAR - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Kedah menjelaskan tidak lepas tangan berhubung isu lambakan sampah di Bukit Malut, Langkawi.

Pengarah SWCorp Kedah, Zaidi Tuah berkata, pihaknya akan menambah kekerapan kutipan sampah di kawasan tersebut kepada enam minggu sekali bermula 17 Mac ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebelum ini pihaknya melalui kontraktor dilantik melalui E-idaman telah membuat kutipan sebanyak tiga kali seminggu membabitkan kira-kira 36 tan sampah sebulan.

"Kami tidak pernah lepas tangan berhubung masalah ini dan setiap sampah yang berada di sekitar tong sampah memang akan dibersihkan. Dua tong Roro (Roll On Roll Off) juga ditempatkan di kawasan pembuangan sampah dengan satu tong berkapasiti sehingga 1.5 tan.

Iklan

"Dalam isu lambakan sampah di kawasan perairan Bukit Malut sebenarnya juga perlu adanya kerjasama dari penduduk setempat dengan membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan dengan cara betul," katanya dalam satu sidang media, dekat sini.

Zaidi menunjukkan kawasan penempatan Bukit Malau yang dipenuhi sampah seperti dilaporkan oleh media.

Iklan

Zaidi berkata, SWCorp berharap semua pihak dapat bekerjasama untuk memastikan kawasan Bukit Malut dan seluruh Langkawi menjadi lebih bersih terutamanya menjelang Pameran Maritim dan Aeroangkasa ( Lima) 2019 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Jelasnya, satu gotong royong mega membabitkan agensi-agensi berkaitan juga akan diadakan pada 5 April depan di sekitar kawasan Bukit Malut untuk membersihkan sampah-sampah yang berada di sekitar perairan kawasan itu.

"Tahun 2018, pihak kami sudahpun menjalankan gotong royong dan taklimat sebanyak lima kali di kawasan tersebut.

"Kali ini pada awal April nanti, SWCorp sekali lagi turut menjemput orang awam dan penduduk setempat untuk sama-sama hadir menyertai gotong-royong mega bersama agensi lain di Bukit Malut," katanya.

Zaidi (tengah) menuntut kerjasama semua pihak terutamanya penduduk setempat dalam usaha menanggani masalah lambakan sampah di Bukit Malut.