KUALA LUMPUR - Persembahan koir di gereja sempena Hari Krismas dibenarkan dengan syarat perlu mematuhi penjarakan fizikal tidak kurang satu meter serta wajib memakai pelitup atau pelindung muka.
Menurut kenyataan Kementerian Perpaduan Negara, prosedur operasi standard (SOP) itu yang akan dilaksanakan pada 24 dan 25 Disember, dibentangkan Menterinya, Datuk Halimah Mohamad Sadique pada Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 pada Khamis dan telah diluluskan.