ANKARA - Sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh apabila sebuah lori tangki membawa bahan api terbalik dan meletup di Haiti, kata pegawai pada Rabu.
Menurut Agensi Anadolu, laman web HaitiLibre.com sebelum ini melaporkan bahawa berpuluh-puluh mangsa cedera dimasukkan ke hospital selepas letupan yang berlaku lewat Isnin di Cap-Haitien, bandar kedua terbesar Haiti, yang terletak di pantai utara negara itu.
Iklan
Iklan
Pegawai berkata siasatan terhadap letupan itu sedang dijalankan.
"Negara mengisytiharkan seluruh wilayah berkabung tiga hari, sebagai mengenang mangsa tragedi yang menyedihkan seluruh negara Haiti," Agensi Anadolu memetik ciapan Perdana Menteri, Ariel Henry di Twitter.
Pegawai berkata, angka kematian mungkin meningkat dan 20 rumah musnah menjadi abu akibat letupan itu. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: 62 maut terbakar hidup-hidup, lori tangki minyak meletup
Artikel Berkaitan