UiTM Vendetta dalam kelas tersendiri

Iklan
UiTM Vendetta membawa pulang RM10,000 selepas mengungguli Kejuaraan UMCC.

PASUKAN e-sukan UiTM Mobile Legend atau lebih dikenali sebagai UiTM Vendetta mengungguli Kejuaraan U-Mobile Mobile Legends (UMCC) Kampus yang berlangsung dari 20 hingga 21 November lalu.

Kemenangan itu membolehkan pasukan dikemudikan Muhammad Nabil Japri, Danish Haziq Azrul Yussaini, Akmal Hakim Mohd Hisham, Muhammad Najmi Abdul Latib, Muhammad Badrun Ahmad Puad dan Muhammad Zulhafiz Md Yusuf tersebut meraih status juara kebangsaan membawa pulang RM10,000.

Iklan
Iklan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula muncul naib juara diikuti Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Tuanku Sultan Bahiyah masing-masing di kedudukan ketiga keempat.

Majlis penyerahan mock cheque kepada para pemenang disampaikan Eksekutif Program daripada Syarikat U-Mobile, Amir Asraf Mohd Ali Jina di Hotel UiTM Shah Alam pada Khamis, yang disaksikan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi.

Iklan

Turut hadir, Pengarah Pusat Sukan UiTM, Jalaluddin Hussain serta pegawai-pegawai sukan UiTM.

Untuk rekod, penganjuran UMCC merupakan kejuaraan terbesar Mobile Legend yang berjaya menarik penyertaan dalam kalangan 304 pasukan institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Iklan