Pengadil ASTAF, ISTAF dilarang kendali kejuaraan anjuran PSM

Iklan
Abdul Halim Kader

PENGADIL Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) dan Persekutuan Sepak Takraw (ISTAF) diingatkan sekali lagi untuk tidak melibatkan diri dalam penganjuran Liga Sepak Takraw (STL) 2022 anjuran Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang dijadualkan berlangsung tahun depan.

Malah menurut Presiden ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader, badan induk itu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pengadil ASTAF dan ISTAF yang melanggar peraturan ditetapkan badan induk tersebut.

Iklan
Iklan

Tegasnya lagi, tetap menjadi kesalahan kepada pengadil ASTAF dan ISTAF walaupun dalam kalangan pegawai pertandingan itu mengendalikan kejohanan dengan menggunakan logo PSM sepanjang kejuaraan tersebut.

"Saya ingatkan sekali lagi kepada 31 pengadil ASTAF dan ISTAF dari Malaysia bahawa dalam kalangan mereka tertakluk di bawah peraturan pengadil dan undang-undang yang terdapat dalam perlembagaan badan induk ini.

Iklan

"Jadi adalah menjadi satu kesalahan sekiranya dalam kalangan pengadil ASTAF dan ISTAF mengendalikan sebarang kejuaraan anjuran PSM yang telah pun digugurkan daripada menjadi ahli gabungan ASTAF sebelum ini.

"Peringatan ini penting kerana ASTAF dan ISTAF tidak mahu integriti dan kewibawaan dalam kalangan pengadil badan induk ini dipertikaikan pada masa depan apabila masih mengendali kejuaraan anjuran PSM yang bukan lagi ahli gabungan ASTAF," katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Iklan