GOL minit ke-87, Trent Alexander-Arnold melengkapkan kebangkitan Liverpool ketika The Reds memadam kedukaan kehilangan tiga tonggak untuk menewaskan Newcastle United 3-1 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield.
Tanpa kelibat Virgil Van Dijk, Fabinho dan Curtis Jones yang diketepikan, Jonjo Shelvey meledak gol awal pada minit ketujuh untuk pelawat mendahului tuan rumah.
Situasi itu kekal sehingga Diogo Jota kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-21 sebelum Mohamed Salah meletakkan Liverpool di depan empat minit kemudian.
Jaringan Salah sekali gus menyamai rekod penyerang Leicester City, Jamie Vardy dalam 15 perlawanan liga berturut-turut dengan jaringan atau bantuan gol.
Kemenangan itu menyaksikan Liverpool mengumpul 40 mata selepas mengharungi 17 perlawanan, satu di belakang pendahulu Manchester City yang menewaskan Leeds United 7-0 pada Selasa.
KEPUTUSAN
Liverpool 3-1 Newcastle United
Shelvey (7')
Diogo Jota (21')
Mohamed Salah (25')
Alexander-Arnold (87')
Chelsea 1-1 Everton
Mount (70')
Branthwaite (74')