Hasil siasatan dalam masa terdekat: JBPM

Iklan
Mohammad Hamdan menerima tabik hormat daripada anggota JBPM Perak.

IPOH - Hasil siasatan bagi kejadian kebakaran pusat hiburan yang mengorbankan enam nyawa di Ipoh pada bulan lalu akan diketahui tidak lama lagi.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, beberapa faktor dan bukti kejadian tersebut sudah dikenal pasti dan sedang dalam penelitian secara mendapat untuk mendapatkan punca sebenar kebakaran itu.

Iklan
Iklan

Katanya, siasatan kes dibuat dengan menggabungkan hasil forensik JBPM Ibu Pejabat Kuala Lumpur dan forensik JBPM Perak.

"Saya percaya hasilnya tak lama lagi akan dikeluarkan dan bukti tertentu sudah ada tetapi mereka melihat secara mendalam untuk memastikan bahawa punca sebenar diperoleh kerana ia akan melibatkan tuntutan dan pembayaran insuran dan sebagainya.

Iklan

"Kita akan ketahui punca sebenar berdasarkan bukti rakaman kamera litar tertutup dan lain-lain sama ada disebabkan faktor peralatan elektrik atau kecuaian," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 JBPM Perak dan Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Utara di Ibu Pejabat JBPM Perak, di sini.

Iklan

Dalam kejadian 20 Februari lalu, enam individu maut selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Dr Nazrnin Shah, di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat lagi mayat ditemui

Mohammad berkata, walaupun kebakaran yang berlaku itu tidak besar tetapi ia merupakan satu kes serius bagi JBPM Perak kerana meragut sejumlah nyawa yang ramai.

Katanya, pihak JBPM Perak berbincang untuk memastikan tindakan dari segi undang-undang diteruskan dalam memastikan bangunan itu selamat.

Sementara itu, Mohammad Hamdan berkata, bagi mengelak kejadian sama berulang, pihaknya mengambil perhatian serius terhadap bangunan yang tidak mempunyai Sijil Perakuan Bomba.

Katanya, sebarang perubahan kepada struktur bangunan perlu dimaklumkan dan diperiksa oleh JBPM sebelum sesuatu Sijil Perakuan Bomba diperbaharui.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat kemungkinan operasi lebih-masa