Tiga sungai di Kelantan lepasi paras amaran

Iklan
Situasi semasa tiga sungai di Kelantan telah melepasi paras amaran susulan hujan berterusan di beberapa kawasan sejak tiga hari lepas, setakat pukul 8 pagi ini.

KOTA BHARU - Situasi semasa tiga sungai di Kelantan telah melepasi paras amaran susulan hujan berterusan di beberapa kawasan sejak tiga hari lepas, setakat pukul 8 pagi ini.

Menurut portal info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai tersebut ialah Sungai Lebir di Kuala Koh, Gua Musang iaitu pada paras 71.76 meter (m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (23.19m) dan Sungai Kelantan di Kampung Jenob, Tanah Merah (23.28m).

Iklan
Iklan

Sementara itu, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas pula berada pada paras waspada kerana trend air sungai sedang menaik dengan masing-masing merekodkan bacaan 22.43 m dan 7.16 m selain Sungai Relai di Jalan Felda Aring, Gua Musang turut berada pada paras waspada dengan trend menurun.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS menerusi kenyataannya pada Khamis mengeluarkan amaran banjir akan berlaku di beberapa lokasi di jajahan Kuala Krai, Jeli, Gua Musang, Tanah Merah dan Machang pada Jumaat. - Bernama

Iklan
Iklan