KUALA LUMPUR - Seramai 22,805,239 individu atau 97.4 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam Jumaat.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sejumlah 98.7 peratus atau 23,114,489 individu dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.