KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jumaat berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-kabinet di Istana Negara.
Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan, sesi Jumaat berlangsung selama sejam bermula 8 pagi.