Arena sukan kembali diserang Covid-19

Iklan
Stadium Tottenham Hotspur

ARENA sukan dunia kembali dihimpit masalah Covid-19 selepas beberapa sukan seperti bola sepak, ragbi dan kriket terpaksa ditangguhkan.

Gelombang jangkitan baharu yang didorong oleh varian baharu Omicron, menyaksikan lebih banyak penangguhan dan pembatalan acara sukan bakal menyusul sebagai langkah berwaspada.

Iklan
Iklan

Antara saingan yang terkesan ketika ini ialah Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila enam perlawanan ditangguhkan minggu ini berikutan penularan wabak Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan sembilan perlawanan terpaksa ditangguhkan sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, badan pengelola EPL masih berhasrat untuk meneruskan jadual yang dirancang sebelum ini dengan mengetatkan beberapa peraturan baharu.

Iklan

Untuk rekod, sebanyak 42 kes jangkitan Covid-19 dikesan dalam kalangan pemain dan kakitangan di pelbagai kelab minggu ini sehingga menyebabkan pengurus Brentford, Thomas Frank mencadangkan semua perlawanan hujung minggu ini harus ditangguhkan.

"Kita perlu tangguhkan perlawanan minggu ini untuk beri ruang kepada pasukan terlibat untuk melakukan sanitasi dan pembersihan di tempat yang kena jangkitan," katanya.

Iklan

Selain EPL, Pendahulu LaLiga, Real Madrid turut mendapat tamparan yang sama apabila empat lagi pemainnya diuji positif pada Khamis sekali gus memaksa mereka menjalani kuarantin.

Begitupun perlawanan di laman sendiri pada Ahad menentang Cadiz akan diteruskan.

Piala Juara-Juara Eropah Ragbi juga mengalami situasi yang sama di mana ada beberapa perlawanan terpaksa ditangguhkan.

Antaranya perlawanan Montpellier di gelanggang sendiri menentang Leinster ditangguhkan kerana kes Covid-19 dalam kedua-dua pasukan manakala kelab Wales Ospreys mencadangkan perjalanan mereka ke Racing 92 di Paris juga perlu ditunda selepas sekurang-kurangnya tujuh kes positif direkodkan.