Klopp puas hati kebangkitan Liverpool

Iklan
Penyerang Liverpool, Sadio Mane (kanan), mengawal bola walaupun cuba diasak pertahanan Newcstle United. - Foto EPA

PENGENDALI Liverpool Jurgen Klopp, nyata berpuas hati dengan kebangkitan dipamerkan kesebelasan The Reds bagi menewaskan Newcastle United 3-1 di Anfield pada Khamis.

Malah menurut Klopp, dia berpuas hati dengan semangat dipamerkan pemain yang dilihat mampu bangkit daripada ketinggalan 0-1 kepada skuad The Magpies itu dan mencatatkan kemenangan penuh bergaya di depan penyokong sendiri.

Iklan
Iklan

"Bagi saya, inilah saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), apabila pihak lawan (Newcastle), beraksi bermati-matian untuk kekal dalam saingan liga dan malah berjaya menjaringkan gol pendahuluan.

"Bagaimanapun, kami telah bersedia dengan semua perkara ini dan boleh dikatakan ini adalah ‘resepi’ yang kami gunakan khusus untuk mengharungi perlawanan yang sukar,” katanya.

Iklan

Pada perlawanan berkenaan, Jonjo Shelvey membuka jaringan buat pelawat pada minit ketujuh sebelum Diogo Jota menyamakan kedudukan pada minit ke-21 sebelum penyerang sensasi, Mohamed Salah menambah jaringan pada minit ke-25.

Liverpool dilihat mula menguasai perlawanan pada separuh masa kedua dan sekali lagi menjaringkan gol ketiga pada minit ke-87 menerusi Trent Alexander-Arnold bagi melengkapkan kemenangan.

Iklan

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan The Reds meraih 40 mata dan kini hanya dibezakan dengan satu mata berbanding pendahulu, Manchester City yang meraih 41 mata.

Sementara itu Klopp berkata, skuad kendaliannya itu sememangnya berhak menang atas kerja keras yang dilaksanakan di sepanjang perlawanan berkenaan.

"Setelah ketinggalan, kesemua pemain telah bekerja keras untuk bangkit dan menjaringkan gol penyamaan dan hasilnya, kami berjaya bangkit dan seterusnya memenangi perlawanan kali ini.

"Oleh itu, kerja keras seperti ini perlu berterusan bagi memastikan The Reds dapat terus menghimpit pendahulu, City,” katanya.