27 dikhuatiri maut kebakaran bangunan di Osaka

Iklan
Bomba berjaya memadam kebakaran di tingkat empat bangunan terbabit. - AFP

TOKYO - Sekurang-kurangnya 27 orang dikhuatiri maut dalam kebakaran membabitkan sebuah bangunan setinggi lapan tingkat di kawasan komersial di bandar Osaka, Jepun pada Jumaat.

Seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Osaka memberitahu AFP bahawa kebakaran dikesan pada jam 10.18 pagi (waktu tempatan) di tingkat empat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, 27 daripada 28 mangsa yang cedera dalam kebakaran itu tidak menunjukkan sebarang tanda masih bernyawa.

Difahamkan, sebanyak 70 jentera bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan api berjaya dipadamkan setengah jam kemudian.

Iklan

Terdahulu, media tempatan melaporkan, kebakaran berlaku di tingkat empat bangunan tersebut yang menempatkan sebuah klinik yang menyediakan perkhidmatan kesihatan mental dan penjagaan perubatan am.

Siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran yang berlaku di bangunan terletak berhampiran stesen kereta api Kitashinchi itu.

Iklan

Polis percaya kebakaran tersebut sengaja dilakukan. - AFP