JEMPOL - Polis menahan lima lelaki termasuk individu yang membuat laporan polis selepas didakwa terbabit dalam pergaduhan ketika mereka mabuk, pada jam 2 pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian berlaku di tepi jalan sebuah rumah di Taman Meranti, Bahau itu melibatkan suspek berusia dari 19 hingga 26 tahun yang sedang minum minuman keras di lokasi berkenaan.