Singapura sahkan 24 kes Omicron setakat Khamis

Iklan
Gambar hiasan

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesan 24 kes Omicron yang disahkan di republik itu setakat Khamis (16 Disember) dengan 21 kes import dan tiga kes tempatan.

"Memandangkan kebolehjangkitannya yang tinggi dan merebak ke banyak bahagian dunia, kita harus menjangkakan untuk menemui lebih banyak kes Omicron di sempadan negara dan juga dalam komuniti kita,” kata MOH dalam satu kenyataan pada Khamis malam.

Iklan
Iklan

MOH berkata, ia mengesan satu lagi ujian awal kes Covid-19 tempatan yang positif varian Omicron pada Khamis.

"Kes yang lengkap divaksin itu menunjukkan gejala tidak ketara, dan sedang pulih di wad pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID)," kata kenyataan itu.

Iklan

MOH mengambil maklum bahawa pihaknya sedang menghalang penularan kes melalui pengesanan kontak.

Dilabel sebagai Kes 2,76,615, ia melibatkan seorang lelaki berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pembantu pemuatan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dan tidak mempunyai kontak dengan penumpang penerbangan.

Iklan

Beliau mengalami demam pada 8 Disember dan mendapatkan rawatan perubatan di klinik Perubatan Awam (GP) dan melakukan ujian Covid-19.

Keputusan ujiannya kembali positif Covid-19 pada hari berikutnya, dan diletakkan dalam Program Pemulihan Rumah.

Disebabkan beliau kemudiannya dikenal pasti sebagai kontak rapat kes sebelumnya, sampelnya diuji untuk varian Omicron pada 16 Disember dan keputusan awal menunjukkan positif.

Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan sedang menjalankan penjujukan genom keseluruhan untuk mengesahkan varian dan pengesanan hubungan sedang dijalankan, kata kenyataan itu.

Singapura melaporkan dua kes Covid-19 varian Omricon import pertama yang disahkan pada 6 Dis. Kedua-dua kes tiba dari Johannesburg menaiki penerbangan Singapore Airlines SQ479 pada 1 Disember. - Bernama