Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal di sekitar Stadium Tertutup Dewan Bandaraya Kuching Selatan (DBKS) semasa petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengagihkan peralatan mengundi ke pusat mengundi yang telah ditetapkan ketika tinjauan persiapan menjelang hari mengundi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak yang akan berlangsung esok.
Sebanyak 1,866 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,555 tempat mengundi/saluran dan 85 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 111 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan di mana seramai 46,565 orang petugas SPR akan dilantik bagi mengendalikan proses PRN itu.
Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 1,951 buah dengan 3,666 tempat mengundi/saluran. - Foto Bernama