Kutip caj parkir haram, lima warga asing antara 14 ditahan

Iklan
Antara yang ditahan dalam Op Parkir Haram di sekitar Kuala Lumpur pada Rabu dan Khamis. - Foto ihsan JSPT Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - Lima warga asing dan sembilan lelaki tempatan ditahan kerana mengutip caj parkir secara haram dalam Op Parkir Haram di beberapa kawasan di sini pada Rabu dan Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sariffudin Mohd Salleh berkata, operasi tersebut dijalankan di sekitar kawasan Bukit Bintang, Solaris dan Mont Kiara di sini.

Iklan
Iklan

"Polis berjaya menahan individu yang telah melakukan kesalahan mengutip bayaran parkir kenderaan secara haram dan merampas wang tunai yang diambil darpada pemandu secara paksaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sariffudin berkata, kesemua lelaki yang berusia dalam lingkungan antara 21 hingga 49 tahun itu dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk siasatan lanjut.

Iklan

"Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mendesak mana-mana orang lain yang berkenaan dengan penjagaan kenderaan dan jika disabit kesalahan dihukum mengikut Seksyen 119 (2) akta sama," katanya.

Menurut beliau, JSPT Kuala Lumpur akan mempertingkatkan operasi untuk membanteras sepenuhnya aktiviti parkir haram yang menjadi satu bentuk gangguan kepada warga kota.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-2026 0267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran," ujarnya.