SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menawarkan peluang pekerjaan khususnya individu yang terjejas akibat wabak Covid-19 menerusi program MyLesen GDL 2.0.
JPJ dalam satu kenyataan berkata, syarikat logistik dan pengangkutan yang memerlukan pemandu perdagangan atau pemandu lori turut digalakkan untuk menyertai program berkenaan.
Iklan
Iklan
"Pendaftaran terhad kepada 700 permohonan yang terawal dan penempatan kerja adalah bergantung kepada tawaran pekerjaan oleh industri," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.
Jabatan itu berkata, permohonan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas, memiliki lesen memandu kompeten (CDL) kelas D atau E dan tidak disenaraihitamkan oleh pihak polis, JPJ atau mahkamah.
"Setiap calon mestilah mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik dan penyertaan calon adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, individu yang berminat boleh mendaftar secara dalam talian menerusi pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSewsm6r-5FaJjmBmvu_xSp0EN4lEcOG04OB2PZyREdhYrsq0Q/viewform.
"Bagi syarikat yang berminat pula mereka perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdq_pGCUs4SOg8ke90AO3cOeUoYXFccEaMp9fL8GSOxMcdopg/viewform,"ujarnya.