Tiga PPS dibuka tempatkan mangsa banjir

Iklan
Hujan lebat sejak petang menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air sehingga semeter.

KLANG - [DIKEMAS KINI] Tiga pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan mangsa banjir sekitar daerah itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, setakat jam 10 malam ini, seramai 113 mangsa telah ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Delek, SRA Pulau Indah dan Sekolah Kebangsaan Telok Gong.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, hujan lebat sejak petang menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air sehingga semeter.

"Seramai 106 mangsa terlibat dalam kejadian banjir di Kampung Nelayan, Teluk Gong, Pelabuhan Klang.

Iklan

"Air naik sehingga semeter susulan limpahan air dari kawasan kumbahan dan longkang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Rumah penduduk di Banting dinaiki air.

Katanya, jumlah mangsa dijangka terus meningkat susulan operasi masih berjalan.

Iklan

Pada perkembangan sama beliau berkata, pihaknya turut menerima panggilan kejadian banjir di kawasan Banting.

"Panggilan kecemasan diterima pada jam 9.10 malam melibatkan banjir di jalan utama Taman Datuk Hormat dan bomba berjaya membawa satu keluarga berpindah ke lokasi selamat sebelum dihantar ke PPS.

" Laporan banjir turut diterima membabitkan kawasan perumahan di Jalan Nangka. Satu keluarga terdiri seorang wanita warga emas bersama empat anak telah dibawa ke lokasi selamat," katanya.