Hentikan politik identiti sempit: Bersih

Iklan

SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) mendesak semua ahli politik kerajaan dan juga pembangkang berhenti mengeksploitasi perasaan takut antara kaum dengan mewujudkan politik identiti yang sempit.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 melalui satu kenyataan berkata, berdasarkan pemerhatian, banyak kenyataan dikeluarkan sejak kebelakangan ini tidak sensitif dan boleh menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Iklan
Iklan

"Kami sangat gusar dengan ahli politik dalam keinginan mereka untuk memenangi undi dan kuasa politik akan mengorbankan keamanan dan keharmonian negara.

"Bagi kami, kejayaan pilihan raya yang dimenangi dengan mengakibatkan luka dalam sosial masyarakat yang masih rapuh adalah perbuatan tidak bertanggungjawab malah ia meletakkan negara kita pada laluan yang boleh menyebabkan persengketaan sivil.

Iklan

"Sebagai orang politik mereka seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik dan hindari daripada membuat kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman masyarakat berbilang kaum,”katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, ahli politik diseru mengenepikan agenda sempit perkauman dan bersama-sama untuk rakyat Malaysia dan negara.

Iklan

"Jadilah jaguh untuk semua rakyat Malaysia dan kita akan menikmati manisnya keamanan dan keharmonian,”katanya.

Tambahnya lagi, Bersih 2.0 turut menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika merasmikan Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, kelmarin, yang menyeru rakyat supaya bersatu padu.