Mangsa banjir di Kelantan meningkat 786 mangsa

Iklan
Penduduk di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang bersiap sedia untuk berpindah selepas kawasan rumah kediaman mereka dinaiki air. Foto: Ihsan pembaca
KOTA BHARU - Mangsa banjir di Kelantan semakin bertambah apabila seramai 786 mangsa dari empat jajahan telah dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi pada Sabtu.

Ia melibatkan jajahan Gua Musang; Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah.

Menurut aplikasi InfoBanjirJKM jajahan Gua Musang menempatkan mangsa banjir tertinggi di negeri ini melibatkan 563 yang berada di dua buah PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Chiku 7 dan SK Limau Kasturi.

Iklan
Iklan

Kuala Krai menempatkan mangsa banjir kedua tertinggi seramai 179 orang di enam PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai, Pejabat Vaterina Daerah, SK Sungai Embak, Chenulang, Laloh dan Banggol Guchil.

Sementara itu di Jeli dan Tanah Merah masing-masing hanya satu sahaja PPS di buka melibatkan SK Kuala Balah (36) serta SK Keleweh (8).

Iklan
Iklan