PRU15: Pilih Ismail Sabri calon PM

Iklan
Ahmad Jazlan menyampaikan ucapan perasmian semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang yang berlangsung di Pusat Transformasi Ilmu di Bukit Tiu, Machang pada Sabtu.

MACHANG - UMNO Machang mengusulkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Usul itu dikemukakan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang yang berlangsung di Pusat Transformasi Ilmu di Bukit Tiu, di sini pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Ketua UMNO Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, cadangan itu rasional selepas Ahli Parlimen Bera itu menunjukkan prestasi cemerlang mentadbir kerajaan ketika ini.

"Selain itu, UMNO Machang turut membuat ketetapan untuk mengulangi pendirian dan keputusan Persidangan Agung UMNO (PAU) 2020 supaya tidak ada sebarang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PRU-15 nanti," katanya.

Iklan

Menurutnya, UMNO Bahagian Machang mencadangkan PRU-15 dilaksanakan terlebih dahulu sebelum pemilihan parti dilaksanakan bagi mewujudkan kerajaan yang stabil, menjamin kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat

Ahmad Jazlan berkata, bagi merealisasikan hasrat itu UMNO Machang mencadangkan Perhimpunan Agung Khas diadakan bagi membincangkan perkara tersebut.

Iklan

"Kita turut menggesa hubungan dua parti besar Melayu, UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) dapat dipertautkan kembali.

"Kita perlu sedar bahawa kewujudan MN lebih awal berbanding kewujudan Perikatan Nasional (PN)," katanya.

Ahmad Jazlan berkata, pada masa sama, kerajaan perlu mengambil tindakan segera menangani kenaikan dan menstabilkan harga barang barang keperluan.

Katanya, peningkatan itu jelas membebankan rakyat terutama golongan B40.