Remaja lelaki lemas ketika memancing

Iklan
Mayat Muhammad Danish Daniel ditemukan pasukan penyelamat kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian. - Foto: Ihsan Bomba

MARANG - Seorang remaja lelaki ditemukan lemas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di Sungai Seluang, dekat Jalan Paya Resak, di sini petang Jumaat.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa Muhammad Danish Daniel Adnan, 13, dan adiknya, Muhammad Danish Irfan, 7, memancing di sungai berhampiran rumah mereka itu kira-kira jam 4 petang.

Iklan
Iklan

Pegawai operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mazimi Mohamad berkata, pasukan penyelamat menemukan mayat mangsa pada jarak 50 meter dari lokasi kejadian pada jam 5.17 petang.

"Ketika kejadian, mangsa dipercayai cuba melepaskan tali pancing yang tersangkut dalam air sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Iklan

"Mayat mangsa ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai pada kedalaman kira-kira 4.57 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Sabtu.

Menurut Mazimi, bomba menerima panggilan kecemasan jam 4.11 petang sebelum 12 anggota termasuk PPDA Kuala Terengganu ke lokasi kejadian.

Iklan

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut sebelum jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan dekat Kampung Sungai Seluang pada Sabtu.