[VIDEO] Banjir kilat terburuk sejak 20 tahun

Iklan
Penduduk di Kampung Jalan Kebun, di sini meredah banjir setinggi 0.3 meter dan dijangka terus meningkat.

SHAH ALAM - Penduduk Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30 di sini cemas dan terkejut apabila kawasan tersebut dilanda banjir terburuk sejak lebih 20 tahun lalu akibat hujan sejak Jumaat.

Tinjauan Sinar Harian di Seksyen 30 pada Sabtu mendapati air parit dan longkang berdekatan melimpah ke jalan raya sehingga mencecah 0.7 meter dan menenggelamkan beberapa buah kenderaan.

Iklan
Iklan

Keadaan air juga dijangka terus meningkat jika hujan tidak berhenti.

Seorang penduduk, Mohd Isa Yup, 59, berkata, banjir kilat itu merupakan insiden terburuk sejak dia tinggal di sini pada 20 tahun lalu.

Mohd Isa

Iklan

Menurutnya, tandas di rumahnya hanya dinaiki air setinggi 0.3 meter tetapi keadaan jiran yang lain lebih teruk dan perlu sentiasa berwaspada.

"Air naik kira-kira jam 5 petang hingga 8 malam semalam (Khamis) kemudian hujan kembali renyai. Bagaimanapun hujan kembali lebat pada jam 10 malam tadi hingga sekarang," katanya kepada SInar Harian pada Sabtu.

Iklan

Mangsa banjir, Hassan Mat Salleh, 47 berkata, rumahnya mula dimasuki air melalui tandas pada jam 3 pagi Sabtu dan melimpah ke ruang tamu.

Ujarnya, dia sempat mengalihkan kenderaan dan barang-barang penting seperti perkakas elektrik dan perabot ke tempat yang lebih selamat.

Kedai Zulkhairi di Kampung Jalan Kebun, di sini dimasuki air pada awal pagi Sabtu menyebabkan premisnya tidak dapat beroperasi.

"Sebuah almari terjejas dan sebuah kereta milik dimasuki air. Sebuah lagi kereta saya dialihkan ke kawasan tinggi.

"Saya tidak tidur sejak pagi Sabtu kerana bumbung rumah juga bocor, harap-harap hujan cepat reda," katanya yang tinggal di sini sejak 13 tahun lalu.

Seorang peniaga makanan dan kedai pakaian terpakai, Zulkhairi Khairul Hasan, 27, berkata, kedainya terjejas teruk akibat banjir.

Dia yang berpindah ke kawasan itu pada tahun 2007 terkejut melihat kejadian tersebut dan pertama kali berlaku banjir kilat.

Dalam pada itu, Sinar Harian turut terserempak sekumpulan penduduk menolak kenderaan yang tersadai di bahu jalan.

Pemilik kereta berkenaan, Muhammad Firdaus Abdul Karim, 39, tidak menjangka kereta yang dia tinggalkan di bahu jalan utama dan kedudukannya agak tinggi dimasuki air.

Muhammad Firdaus

Justeru katanya, dia membuat keputusan untuk menolak kenderaan itu dibantu jiran ke tempat lebih selamat.

"Saya tinggal di sini pada tahun 2010 sejak berpindah dari Puchong. Buat masa ini saya tidak mempunyai kenderaan lain untuk bergerak. Jadi saya dibantu rakan-rakan mengalihkan kenderaan ini ke tempat yang lebih selamat," katanya.

Muhammad Kahfi Ahmad, 49, pula menyedari banjir mulai memasuki rumahnya pada jam 2 pagi pada Sabtu pada ketinggian 0.3 meter dan naik sehingga 0.7 meter.

Dia kemudiannya membuat keputusan untuk berpindah ke rumah keluarga terdekat buat sementara waktu kerana keadaan rumah tidak lagi selesa untuk didiami.