Pakar pediatrik tersilap suntik vaksin Covid-19 kepada bayi

Iklan
Bayi berusia tujuh bulan yang sepatutnya menerima suntikan untuk dos selesema secara tidak sengaja diberikan vaksin Covid-19. Gambar hiasan 123rf.

SEONGNAM (Korea Selatan) - Seorang bayi berusia tujuh bulan yang sepatutnya menerima suntikan untuk dos selesema secara tidak sengaja diberikan vaksin Covid-19, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik pihak berkuasa tempatan pada Sabtu.

Menurut pihak berkuasa, pada 29 September lalu seorang pakar pediatrik di Seongnam, di selatan Seoul, tersilap memberi suntikan vaksin Moderna kepada bayi berkenaan, vaksin itu sepatutnya untuk disuntik kepada ibu bayi itu.

Iklan
Iklan

Bayi itu dirawat di hospital berhampiran selama lima hari tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda kesan sampingan.

Ibu bapa bayi itu dilaporkan telah memfailkan saman dan menuntut pampasan. - Bernama

Iklan
Iklan