Kotak hitam pesawat Ethiopian Airlines mungkin dihantar ke luar negara

Iklan
Nahas tersebut meragut 157 nyawa.

ADDIS ABABA - HABSYAH. Pihak berkuasa Habsyah tidak mempunyai peralatan untuk menganalisis kotak hitam pesawat Ethiopian Airlines dan sedang mempertimbangkan untuk menghantarnya ke luar negara, kata jurucakap syarikat penerbangan itu hari ini.

"Kami sedang mempertimbangkan untuk menganalisis data dari kotak hitam pesawat itu di luar negara," kata Biniyam Demssie.

Iklan
Iklan

Pesawat Boeing 737 Max itu berlepas pukul 8.38 pagi (waktu tempatan) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bole dan ‘terputus hubungan’ enam minit kemudian berhampiran Bishoftu, bandar yang terletak 60 kilometer di tenggara Addis Ababa pada Ahad lalu.

Nahas tersebut meragut nyawa kesemua 157 penumpang dan anak kapal. - AFP

Iklan
Iklan