Ibu negara diselubungi awan rendah

Iklan

Menara Warisan Merdeka 118 serta sekitar ibu negara yang diselubungi awan rendah dengan cuaca sejuk pada bacaan 26 darjah celcius ketika dirakam sekitar 12 tengah hari tadi.

Menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini memaklumkan bahawa ribut petir akan berlaku di kebanyakan tempat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada petang ini.

Iklan
Iklan

Manakala hujan akan berlaku di beberapa tempat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada sebelah malam.