Kes harian Covid-19 turun hari ini, catat 4,083 kes

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes baharu Covid-19 dalam negara kembali mencatatkan penurunan apabila merekodkan 4,083 kes berbanding 4,362 kes pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut 4,049 merupakan kes penularan tempatan dan 34 kes lagi adalah kes import.

Iklan
Iklan

"Ini menjadikan kes kumulatif Covid-19 di negara kita setakat ini ialah 2,715,847," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 di sini pada Sabtu.

Memperinci lanjut, Dr Noor Hisham berkata, daripada kes harian yang dilaporkan pada Sabtu, 69 kes atau 1.7 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5, manakala 4,014 kes atau 98.3 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Iklan

Menurutnya lagi, kes sembuh merekodkan 5,435 kes menjadikan kes kumulatif yang telah pulih ialah 2,630,680.

"341 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 145 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Iklan

Tiga kluster lagi dikesan menjadikan sejumlah 252 kluster aktif sedang dipantau di dalam negara setakat ini.

Sementara itu, katanya, kadar Rt negara berada pada 0.91 meningkat berbanding semalam yang mencatat 0.90 dengan Negeri Sembilan, Pahang dan Pulau Pinang kekal mencatat kadar Rt tertinggi iaitu masing-masing 1.0. - Bernama