KUCHING - Sebanyak 1,207 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 telah ditutup setakat jam 2 petang Sabtu.
Berdasarkan senarai pusat mengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, sebanyak 189 ditutup seawal jam 11 pagi diikuti 559 lagi pada jam 12 tengah hari.
Iklan
Iklan
Menjelang jam 1 tengah hari, sejumlah 243 pusat mengundi ditutup manakala 216 lagi ditutup sejam kemudian.
Secara keseluruhan, sebanyak 1,866 pusat mengundi membabitkan 3,555 saluran telah dibuka sejak jam 7.30 pagi. - Bernama
Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my