PASIR GUDANG - Beberapa keping gambar yang dikongsi sebuah portal media sosial mengenai gambaran sebenar pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, di sini, hari ini dilaporkan adalah tidak benar.
Perkara itu disahkan Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal yang turut memaklumkan gambar tersebut adalah gambar lama.