Cuaca buruk dijangka berterusan di Kelantan dan Pahang

Iklan
Jalan utama yang menghubungkan Kuala Nal dengan Lepan Pauh dan Bukit Sireh ditutup kepada semua kenderaan ketika tinjauan pada Sabtu. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga dengan hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan dan Pahang sehingga Ahad.

MetMalaysia menerusi perkongsian di Facebook miliknya pada Sabtu berkata, di Kelantan, ia membabitkan kawasan Gua Musang, manakala di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan.

Iklan
Iklan

Tambah MetMalaysia, amaran cuaca waspada peringkat kuning di Kedah melibatkan kawasan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta Pulau Pinang dan Perak dengan hujan lebat dijangka berlaku bagi tempoh sama.

Dalam pada itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat juga diramalkan berlaku sehingga Ahad membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan.

Iklan

Turut diramal berlaku di Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin), Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka (Alor Gajah).

Iklan